JEJAK ANDA

Tuesday, January 31, 2012

CARA MENGHILANGKAN IKLAN MYJODOH DI BLOG

Ok lah.nak dibuat cerita, masalah blog aku ni dah setel.Hmm..masalah apa??Alaa..masalah iklan myjodoh tu lah kann..Tetiber je nak menyemak kan blog aku ni ha..Menyibuk sesangat..Apa dia ingat aku ni forever alone ke??Kah kah..

Kepada yang ada masalah yang sama ngan aku ni, korang jangan risau ok.Aku akan ajar macam mana nak remove benda tu..

Penyelesaian: SILA REMOVE WIDGET WAKTU SOLAT YANG KORANG PASANG TU..Myjodoh tu ada kat situ sebab widget waktu solat tu lah..Nak tak nak korang kena gak buang ok..Tak caya cuba korang buat..Insyaallah berkesan..Selamat mencoba.

MY JODOH?

Cuba korang tengok kat tepi tu..Kan ada iklan my Jodoh tu kan??Persoalannya..iklan tu bukan aku yang pasang..Haram jadah tol sape letak tu..Suka hati je nak letak situ..Habiss buruk blog aku ni..Seyess aku tak gemar iklan tah apa-apa tah letak kat blog aku ni..Seyess wehh..

Kepada sesiapa yang letak kat situ..tolong lah ekk remove balik..Seyess iklan tu mencacatkan grafik blog aku ni.Tolongg la wehh..Aduhai..Menyemak je ahh..

Kepada yang tahu cara nak remove benda tu, kongsi lah ngan aku yer..Please!!

p/s: Considering a new blog kalau benda buruk tu tertepek lagi kat situ..Seyess menyemak.

PARTNER

Petang semalam aku tidur.Lepas itu aku bermimpi.Oh.Mimpi apa kah itu?Aku bermimpi mengenai pasangan aku.Wah!Pasangan?Siapakah itu?Entah lah. Aku pun tidak tahu.Sebab muka nya tidak jelas kelihatan..Sesungguhnya mimpi itu sangat best..Harap-harap boleh jumpa dia lagi selepas ini. Tak dapat dating dunia realiti...dalam mimpi pun jadi lah kan?Hehe.

Jom tidur.



Friday, January 27, 2012

MAJLIS ILMU

Ini ada sedikit video dari Ustaz Kazim Elias. Harap dapat mengambil pengajaran. Insyaallah.


Thursday, January 19, 2012

WAKTU SOLAT

Aku ada buat widget waktu solat kat tepi tu..So korang boleh lah yer refer lepas ni..Jangan buat-buat terlepas waktu ke ape ke kann..Hehehe..Pasni tak yah tunggu depan tv3 tunggu pengumuman waktu solat ke apa kan..Just bukak blog ni..pastu segalanya ada kat tepi tu tertepek cantik..Lengkap dari Subuh sampai Isyak..

Sekian..

p/s: Dengan adanya teknologi, segalanya menjadi mudah.

Sunday, January 15, 2012

MIMPI

Aku menulis entry ini sekadar untuk berkongsi.Terpulang kepada anda untuk mahu percaya atau tidak. Kerana ia hanyalah sekadar mimpi. Aku tidak pasti mimpi itu benar atau tidak.Apa-apa pun mungkin boleh ambil pengajaran dari nya. Aku tujukan  entry ini untuk semua para pembaca yang membaca blog ini.

..............................



Masa itu aku masih lagi terleka bermain laptop. Terleka dengan perkara lagho. Aku tidak ingat hari itu hari apa. Tetapi apa yang aku pasti itu adalah hari di mana keluarga aku berhimpun. Aku masih lagi berseronok dengan laptop aku. Membuat perkara lagho..Mak cik aku berperangai aneh. Dia meminta maaf kepada aku seperti seolah-olah tiada hari esok baginya..

Tiba-tiba aku terdengar seseorang menjerit kegembiraan, "Wah, salji!!"

Salji?Di Negeri Sembilan?Masa itu hati aku sudah takut. Jantung aku berdebar-debar.Adakah hari hendak kiamat? Kenapa tiba-tiba salji turun di sini? Kerana tiada musim salji di sini. Bukan semalam, bukan dua hari semalam dan bukan hari-hari sebelumnya..



Aku lihat ke luar tingkap. Ada sesuatu turun dari luar tingkap. Seperti salji tetapi bukan salji..Lebih berbentuk buih seperti buih sabun..

"Ahh panasss!!!" kedengaran suara seseorang menjerit...

Rupa-rupanya benda yang turun dari langit itu panas..Bukan sejuk seperti salji seperti yang disangkakan. Mujur aku hanya menyentuh sedikit sahaja benda itu..Semakin lama benda itu semakin banyak..Dan mula membanjiri bumi. Aku menjadi semakin takut..Adakah dunia benar-benar mahu berakhir?Ahh..Cukupkah amalan aku??Sungguh aku tidak bersedia menghadapi hari itu..

Buih semakin banyak dan mula untuk masuk ke dalam rumah. Aku tutup segala tingkap yang ada di rumah aku. Dan meminta pertolongan adik aku supaya membantu aku..Oh..Waktu itu aku dapat lihat buih itu sudah pun naik di paras bumbung. Ada satu tingkap sudah retak kerana tekanan buih itu terlalu kuat..Aku menghadang tingkap yang hampir retak itu dengan tangan aku supaya tidak pecah..

Lama-kelanaan, tingkap itu itu retak juga lalu pecah..Maka masuklah buih ke dalam rumah aku itu..Oh tidak..

Baru sahaja buih hendak masuk ke dalam rumah aku tiba-tiba semuanya telah hilang..Seperti tidak pernah ada buih. Aku berjalan ke luar rumah. Sungguh. Bentuk muka bumi di sekitar rumah aku telah berubah 100 peratus..Kini rumah aku berada di atas bukit di sekeliling kawasan yang tandus..Seperti di kawasan gurun..

Langit menjadi hitam..Tiada lagi langit biru seperti kebiasaan. Langit yang hitam itu berawan kan awan yang berwarna oren seperti api.Tidak ubah seperti kepulan asap apabila bom atom meletup..Aku sungguh takut..Di sebalik kehitaman langit, aku masih lagi nampak bunga api di langit itu..Terdetik hati aku berkata itu mungkin simbolik kepada manusia yang masih terleka walaupun dunia sudah sampai di penghujungnya..



Aku memeluk keluarga aku sambil memerhatikan bunga api itu..Mujurlah semuanya selamat.Tiba-tiba muncul seekor anak anjing yang entah dari mana..Anak anjing yang comel itu bermain-main di hadapan aku..

Aku memandang ke sekitar..Masih adakah hari esok??Sempat lagi kah untuk taat dan pulang??Segala-galanya seperti sudah berakhir bagi aku. Dan bagi semua manusia..


............................................


Kepala aku berasa pening sedikit tatkala aku membuka mata. Oh! Itu hanyalah sekadar mimpi. Aku sangat bersyukur kerana masih lagi diberikan peluang sekali lagi. Andainya mimpi itu benar, sudah pasti lah binasa aku.

Aku menyeru kepada anda semua, marilah kita kembali kepada fitrah. Sebelum terlambat..Kerana kematian adalah pasti..Hari kiamat adalah pasti..Timbangan amal itu adalah pasti..Syurga dan neraka itu adalah pasti..Mari pasang niat menjadi muslim yang lebih baik..

p/s: Di sini aku ingin meminta maaf kepada apa yang telah aku umpatkan sebelum ini di dalam blog ini..

Tuesday, January 10, 2012

JOM BORAK

Aku dah buat chat box baharu..Jom lah borak sana..Kot mana yang nak berkenalan sila lah tinggal kan no tepon..Boleh??ekeke..Kot nak suruh aku lawat blog korang sila lah tinggalkan jejak okeh..Ok bye..Jangan letak link iklan sudah..Itu memang nak mintak kena godam lah tu kann..Aku memang pantang sangat blog iklan2 ni kann..

SANGAT COMEL OKEH!

Hi korang. Hari ni aku nak bercakap pasal baby..Kan dulu aku cakap aku tak suka baby kan??Sebab baby bising giler pastu kuat nangis...Tapi hari ini aku nak ubah fikiran sket..Hahaha..Ada pengecualian sikit..Aku suka baby yang chomel..Dulu cuci mata tengok pompuan..Sekarang cuci mata tengok baby chomel..Kurang dosa kann??*kemain fatwa kau dosa pahala bagai kann..hehehe...

OK..Antara baby yang aku minat sekarang adalah si Suri Cruise tu..iaitu anak Tom Crusie ngan Katie Holmes..Chomel okeh..Tapi sekarang budak tu dah diva okeh..Ko boleh mak bapak dia sanggup bayar namblas ribu sebab nak dia sorang je main kat tempat ice skating tu..Kecik-kecik dah camtu..Dah besar tak tau camner..

Ni haa dia budak tuu..Comel kann??

Punya lah artiss ko kann siap ada fashion blog ko sendirik.Jeles aku..(ni masa dia dah besar skit)

Untung ko dekk mak bapak ko retis Hollywood..

Pastu baby lain yang aku suka cucu Chef Wan tu ha..Comel okeh...Nak satu boleh..Ko ingat ni kedai mamak ke main order je baby camtu haa??Haha..Ok la ok la..Nanti aku buat la..Opsss..Buat??Lucah sangat kann..haha..OK nanti aku carik la..Aku ingat lepas keje nak carik anak angkat sorang lahh..Wah berangann sesangat...Yelaaa..Nak tunggu baby ngan bini tak tau kahwin nyer bila..Aku kan tak laku..*bunyik biola sedih..Haruslah carik anak angkat segera..

Comel kann??

Kalau ikut hati, nak je aku tarik pipi budak ni sampai dia nangis..boleh??Sangat comel okeh..

Ni masa dia dah besar sket...Alahai adorable sesangat..

Ada sesiapa tahu di mana terletaknya buluh betung?Saya mahu ke sana..Untung-untung boleh jumpa bayi bulu betung..Hahaha...Ok lah..Tu je kot..Aku pun lapar nak mencekik ni ha..Bye..

p/s: Aku sangat tak setuju bebudak yang tulis surat terbuka kepada pemimpin ni ha..Boleh jer kot tulis surat direct kepada pemimpin tu..Takyah nak terbuka terbuka bagai la..Kesian pemimpin tu ko bukak aib dia..Aku tahu niat kau murni nak tegur cara kepemimpinan dia..Tapi niat tak menghalalkan cara okeh..Pastu budak zaman sekarang memasing pandai bercakap..Lebih-lebih lagi budak politik..Pung pang pung pang..Kekadang mulut memasing tu sangat berbisa okeh..Kalau boleh setiap ayat tu ada jer nak menyakitkan hati orang..Cam haram!