JEJAK ANDA

Sunday, July 31, 2011

RAGAM ALAM

Kumbang terbanglah kumbang
Mencari bunga mekarnya kembang

Bunga mekarlah bunga
Menanti sang kumbang datang bersinggah

Pipit sabarlah pipit
Melihat enggang terbang gemilang

Ibu sabarlah ibu
Anak-anak memang begitu

Hati tenanglah hati
Rajuk hatiku siapa tahu.

-SUPERHUMAN-

Saturday, July 30, 2011

KO NI IKHLAS KE TAK 2.0?

Huh.Sangat penat.Malam tadi malam jumaat.So haruslah aku lepak rumah member aku..Cool habis kot..OK lah..Ni nak cakap pasal facebook ni ha..Memacam perangai aku nampak kat facebook.Seyes.Tapi yang paling kelakar kan, ada gak orang yang buat status macam kat bawah ni...

"Tadi aku sedekah duit kat orang.."

"Ramadhan ni nak baca quran banyak-banyak."

"Out.Nak gi solat kejap"

"Tadi aku tolong nenek melintas jalan.Hoyeehh.."

Ni lah antara contoh status kelakar yang aku kadang-kadang baca..Hello??Korang ni ikhlas ke tak??Perlu ke buat status tentang amalan korang tu??Aku rasa tak perlu lah kot.Motiff??Nak riak eh??Oh.Sangat pathetic tau..Aku tak faham tol lah..Kekadang aku cam heran gak..Orang lain pun solat, sedekah dan bla3 jugak..Takde lah sampai post kat fesbuk tau..

Entah lah..Heran  tol aku tengok mereka..Tetapi aku hanya mampu melihat. Dan tidak mampu menegur..Sebab aku malas..Diorang pun dah besar kan..Kang tegur melenting lakk..Kan dah satu kes tu..

OK lah korang..Babai..Hari ni ada sesi bergambar untuk salam pelarian perantauan.Nak bersiap dulu okeh..CHOWW..

Thursday, July 28, 2011

KO NI IKHLAS KE TAK?

Erm.Hi everyone..Wah...Cakap omputihss..Kemain kann.Ok la ok la..Aku cakap Melayu..Hari ni aku lepak je kat rumah.Lepas tensen katanya..Walhal petang tadi dah gi bandar..Tensen mende lak kan??Erkk...Entahlah..Takde mood lak nak buat apa-apa hari ni..SO aku pun lepak-lepak je la dalam bilik..

Ni aku nak cerita ni..Nak dibuat cerita kan, masa aku gi bandar tadi ada sesuatu dah berlaku..Masa tu aku teman kawan aku beli baju..Tak dapat beli baju, teman pun cukup je la kann..Nak buat camner..Aku tak suka membazir..

Nak tau apa yang berlaku??Adalah sorang pompuan yang keje kat kedai tu cakap kat aku,"Bro, hoodie kau memang kewl habis..I love it.."

Omaigod..Baju ko sangat osemm dan gojess mojesss..I like that..

Benarkah apa yang kau perkatakan itu??Terharunya aku..

Wahh..Boleh??Hahaha..Korang rasa dia ikhlas ke tak cakap camtu??Ke tu ayat dia nak pancing aku supaya beli baju kat kedai dia tu??Tak leh blah kann??Aku rasa baju aku biasa-biasa jer.Xde la feseyen-fesyen sangat macam K-Pop Malaysia tu..Opss sorry terkutuk..Kann??Aku rasa memang dia nak pancing aku lah tadi..Nasib baik aku ni laki yang berhati-hati kan??Selamat duit eden..

Tapi kan, masa tu aku rasa aku lah lelaki paling hot masa kini..Huhh..Boleh??*Merasa la puji diri sendiri HOT..Walhal berwajah desa tu kann..Hahahaha..OK lah korang..Tu je kot..Nanti-nanti update lagi okeh..

Sempat la jugak tadi aku feeling jadik Bieber..Justin Bieber kan hot..Hot la sesangat kann..

p/s: Aku sangat bengang dengan blogger yang suka post pasal apa yang dia belajar kat universiti..Apa motipp dia buat camtu??Dah macam buku teks versi blog dah pulak aku tengok blog dia..Kot ye pun excited masuk unibersiti tak perlu rasanya buat macam tu kot..Kann??

p/s: Malam ni malam jumaat..Yeahh!!!!

Wednesday, July 27, 2011

AHMAD.BOLEH?

Korang bosan ekk??Nasib baik korang lepak blog nih kan.At least aku boleh menghiburkan korang di kala korang duka lara.Boleh??Hahaha..Ok lah korang..Disebabkan korang bosan, aku nak tuju lagu kat korang..Amacam..best tak aku??Best kan...*Merasa laa puji diri sendirik..

Ok jom layan lagu nih..Sebelum tekan butang play, korang disarankan sediakan baldi kat sebelah korang..Seyess..Aku tak tipu..Sebab video ni sangat lawak okeh..Lets enjoyyy...


Amacam??Best kan??Ala-ala ratu gitu..Kemain beliau kann??Hahaha..

ELVIS DAN GERARD

Korang pernah jumpe artis??Konpem pernah kann..Aku pun pernah gek..Cuba teka sapa..Apa??Aziz DESA??Adam Lambert??-__-" . Salah di situ okeh. Jawapannya Akhill Hayy..Aku jumpa dia masa kat sekolah dulu. Dia buat konsert dan ceramah kat sekolah aku tu..

Tapi kan, masa sem 2 ni aku jumpa artis hari-hari tau..Kemain kann.Yelah..Muka lecturer aku tu ha..Sorang macam elvis presley..Sorang lagi macam gerard butler..Boleh??Bila dah muka macam artis tu seyes aku takleh fokus..Ada je cerita yang bermain kat kepala otak aku ni ha..Cerita Robin Hood lah..300 lah.. Bounty Hunter lah..Adeh..

Hari ni cikgu nak ajar pasal acid and base..Boleh??

Oh tidak.Apa yang perlu aku buat??Adakah aku perlu datang kuliah tanpa melihat wajah mereka??Erkk..Agak pelik di situ okeh..Serius aku nak fokus tau.Aaaaaa...Tidak..What should I do??Any suggestion??

Biology is our soul..Faham???

p/s: Bila lah pulak nak jumpe lecturer muka macam Megan Fox neh??Oh tak sabar rasanya..

Monday, July 25, 2011

SEPUTIH SALJU

Amacam??Gempak tak tajuk tu??Kemain kann??Hahaha..Nak tau aku nak post pasal apa kali ni??Lets check it out y'all..

Huh??Apa itu??

Nak dijadikan citer, petang tadi aku balik kelas.Cam bese arr..Aku balik kelas jalan kaki..Exercise lah sikit kann..Masa tengah jalan tu..tetiba aku nampak something kat bawah pokok sebelah aku lalu tu..Nak tau apa??Buah epal kot..Boleh lak kan tetiba ada 2 bijik buah epal bawah pokok tu.Walhal pokok tu bukan pokok epal pun..

Lantas aku pun feeling jadik Snow White kejap..Snow white katanya kan..Walhal kulit gelap dan berwajah desa tu kann..Ikut hati nak je rembat epal tu kan..Sebab masa tu aku memang dah kebulur habis. Tapi masa tu aku ada gak terpikir..Apa motip letak 2 biji epal tu??Ada agenda tersembunyi ke??Entah lah..Tapi yang penting memang pelik. Takkan orang buang lak epal tu..Sebab epal tu nampak segar dan seksi..Kalau buang kenapa epal tu nampak macam di susun dengan elok kat situ??

Dik, ko makan lah epal ni kalau nak awet muda, kulit kekal tegang dan gebu..Gerenti tak rugi..

Oh.Apa-apa pun, kau memang misteri wahai epal.

p/s: Apa beza salju dan salji??

Sunday, July 24, 2011

SETAN & MURAHAN

Ok korang.Aku nak buat statement boleh?Apa tu??Ok.Ni ha aku nak cakap...

"Laki zaman sekarang perangai macam SETAN."


"Perempuan zaman sekarang ni tersangatlah MURAH."

Amacam??Sentap ke tidak?Mesti korang rasa nak lempang aku kann??Lepak dulu..Ni sebenarnya status yang aku jumpa kat FB.Bukan status aku.Tapi status kengkawan aku..Nak je aku lempang sedas kat muka memasing kann..Nasib baik la tu wall kau..Kalau dia tulis lah kat wall aku, dah lama aku maki sedas..Ehh silap..Bukan sedas..Doploh das kot..

Motipp dia nak cakap laki cam setan??Dia dah pernah jumpa setan ke??Maka haruslah aku emo dengan status camtu..Sebab aku ni laki..Konpem-konpem la aku terasa..Aku ni laki tapi baik je..Baik katanya..Hahaha..Merasa la puji diri sendirik..Larik!!!!..

Kitorang memang setan punn..Puasss???

Pastu yang cakap pompuan murah tu lak satu hal kann..Apa yang murahnya??Ada sale ke??Xde kann??Abess tu kenapa buat status camtu lak??Adusss..Pening lak aku..Kalau dah tau perangai perempuan camtu..betulkan je lah..Tak perlu nak maki dan cerca bagai..Takde gune bro..

Beli..beli...3 ringgit selonggok..

Bagi aku, aku percaya yang manusia bertindak berdasarkan apa yang dia paham dan dipengaruhi orang sekitar mereka..Tak caya??Korang tengok lah drama Juvana kat tv3 tu..Seyes banyak yang korang boleh belajar..Wah..Promote juvana lagik.Hahaha..Duta Juvana ke??Lebih kurang lah..Cuma aku dah umur 20..So xde lah juvana lagik kann..

Kepada anda diluar sana, kalau nampak orang jahat cuba korang fikir apa yang korang boleh buat supaya dapat ubah mereka. Kalau setakat maki diorang tu, sesapa pun boleh kann..Ok lah korang..Den dah ponek..Den nak tido dulu okeh..Babai..

Maka haruslah aku feeling jadik ustaz akhill hayy kejap kann..

p/s: Kepada yang buat status provoke tu, korang memang sakai...

Saturday, July 23, 2011

JUVANA

Hello korang...Watsap???Semenjak dua menjak ni, aku memang malas nak update blog..Tak tau ahh ape pasal..Tapi aku memang dalam mood malas lah..Nak gi kelas pun malas..nak bangun tido pun malas..Segala-galanya malas.


Dalam bermalas-malas tu, aku sempat gak habiskan drama JUVANA kat tv3 tu..Seyesly, citer tu memang gempak. Isu dan tema cerita dia lain dari yang lain..Sampaikan kawan aku dari Singapura tu pun cakap cerita ni best tau..Aku pun apa lagik..Bangga lah kan di situ..Motipp nak bangga??Hahaha..

Seyes aku kasik 5 bintang..Kepada yang belum tengok lagi cerita tu, sila lah tengok ehh..Anda takkan menyesal. Sebab cerita ni sarat dengan pengajaran.Salah satunya adalah, budak-budak jadik jahat bersebab.Kalau nak tahu apa yang terkandung dalam cerita ni, gi lah tengok okeh.



p/s: Aku paling sakit hati dengan Brone Palarae tu..Nak je aku terajang dia..Nama je cikgu tapi takleh harap..

Monday, July 18, 2011

INI BUKAN ANWAR HADI

Hohoho.Mari mulakan sesi kita dengan gelak okeh.Tanak moody moody yer..Nanti cepat tua..kann..Oh yer.Hari ni aku nak citer pasal tetamu yang datang kat rumah aku ni..

Nak dibuat cerita..adalah tetamu dari state lain datang state aku ni ha..Siapakah dia??Dia adalah kawan baik kepada anwar hadi tu kann..Mana si anwar nya??Si anwar tu kan balik Malaysia..Amek anugerah katanya...Tapi aku bukan nak cerita pasal anwar hadi mahupun kawan baiknya itu..

Aku nak cerita pasal aku lak kali ni..Masa tu tetamu aku tu dah nak balik...Pastu bila tetamu nak balik haruslah aku salam mereka semua..Sesi selamat tinggal katanya..Masa aku sesi bersalam tu tetiba lak housemate aku cakap kuat-kuat..

"Dude, kalau ko nak tahu dia (which is aku) ni lah anwar hadi kat sini" kata beliau kepada kawan baik Anwar tu..

Motif sesangat kan beliau??Hahaha..Seyes aku segan gila kot masa tu..Oh tidak..Harap-harap si kawan baik anwar tu takdelah report kat anwar..Segan kot aku..Dah lah masa NCG hari tu si Anwar pandang aku lain macam..Mati laaa aku..Oh tidak..

Hollooo superhuman..U can run..But u cant hide..Muahahahaha..

Di mana kah harus aku bersembunyi??Kat dalam kotak ke??Oh tidak..What should I do??Kang kalau Anwar datang kat mana aku nak menyorok??Mati laa aku...

p/s: Seyes aku nak buat video.Tapi aku rasa takkan kot sebab aku takut kena maki dengan orang..Hahahaha..Maklumlah..Aku kan Asian+Black..

p/s: Sebab tu lah aku tak reveal identity aku kat blog ni..

Sunday, July 17, 2011

SEMADI

Hari ni hari Ahad. Dalam diari kehidupan aku, hari Ahad adalah hari bermalas-malasan..Nak rehat puas-puas sebab dah berlelah selama seminggu kat kelas..Berlelah katanya..Walhal baru minggu pertama je kot..Lelah lah sesangat kann..



By the way, masa aku tengah buat essay kat dalam bilik, tetiba pintu aku berbunyik..

"Knock..knock"..

Aku pun membuka pintu.Andrew rupa-rupanya..

"Ada apa Andrew??"

"Kereta kita kena langgar lahh..Cuba kau tengok"..

Ohh..Aku sungguh pasrah..Kereta tu dah lah buruk..Pastu ada lagi tu orang nak langgar..sungguh kejam..Aku tak dapat bayangkan keadaan kereta tu lepas kena langgar..Terbarai habis kot..Hahaha..Eh apsal aku gelak neh??-___-"

Maka, haruslah aku berlari ke crime scene itu..Haruslah berlari kan..Sapa tak sayang kereta kann...Walaupun kereta buruk, tapi jasa kereta tu memang banyak..Aku amek prinsip ni dari bapak aku..Sebab dia selalu cakap benda ni kat aku..

Walaupun dah nak terbarai..kereta ini mampu lagi dipandu di atas jalan raya..

Sampai je kat crime scene tu, aku terus pitamm..Boleh??Hahaha..Aku sentap kott..Tak ke sentap tu tengok bumper depan kereta kau tercabut??Pastu bumper belakang kemek..Macam kena burger lak aku tengok sebab kena langgar di depan dan belakang..Oh noo..Masa tu aku nampak duit berterbangan di langit...Aaaaa...Alahai.ni mesti kes langgar lari ni..Dah tau mabuk lagi nak bawak kete..Budusss punya manusia..Sebab tu lah aku tak suka orang putih..(Maaf sebab agak perkauman di situ)..

Lantas aku mengusap tayar kereta..Hamboihh..Kemain kann..Lalu aku berkata, "Bersemadi lah dengan aman wahai sahabatku.."

Sob sob....

Aku dah xde duit nak baiki bumper yang dah tercabut tu..Lantak ahh kau kereta..Kalau council nak tarik, anda dialu-alu kan untuk berbuat demikian..Aku dah tak ada duit nak bayar kos baik pulih semua..Ohh...Tragis sungguh cerita aku ini..Walaupun camtu, aku terima benda ni dengan hati yang terbuka..Sedikit pun tak ada rasa marah..Adakah ini ujian kepada aku??Who knew..

Till then..Babai..


Saturday, July 16, 2011

INTONASI

Oh.Pagi tadi ada satu drama berlaku.Aku pun tak tahu apa silap aku.Yang penting aku sentap okeh masa drama tu berlaku.Siot ahh..Aku sangat tak paham.

Masa tu aku keluar dari bilik aku. Pastu aku pun tegur lah sorang budak nih. Aku tanya dia dengan nada yang gembira je kot masa tu..camni aku tanya..

"Jack (bukan nama sebenar), kau nak pergi mana?"

Korang nak tahu camne dia jawab??Dia jawab camnih," AKU NAK PERGI _______ LAH!!!!"

Aku terpaksa merahsiakan nama tempat tu...Sebab untuk menjaga sensitiviti si pelaku nih. By the way, intonasi dia jawab macam dia tak puas hati kat aku lak. Hello..Siott giler ko kann..Aku tanya bebaik kau takleh jawab bebaik jugak ke??Fine..Apa motipp kau nak marah aku pepagi camtu??Kalau kau tak suka aku tegur kau, itu memang aku boleh buat..Benda kecik kot..

Dude, kau nak pi mana??

Aku nak clubbing ahh..Kau ape hal nak sibok hal aku??

Sumpah aku tak paham budak tu weyh..Alahai..Aku tanya soalan yang logik kot..Bukan nya nak makan dalam ke hape kann..Aku memang tak paham kalau aku tanya bebaik pastu dijawab dengan nada suara yang emo..Its F*ing jerk kot..Dah ahh..Buat sakit hati jer nak dikenang kan..Pasni aku memang dah malas nak menegur budak itu..Sapa suruh buat aku sentap..

p/s: Laki pun ada PMS gak ker??PMS lah sesangat..

DOUBLE STANDARD

Situasi yang berlaku kat aku kat wall fb member aku...

X: Harry Potter best tak??
Aku: Best jer..<------ Loser sebab tak dilayan..
Awek X: Jom lah tgk..I belanja okeh..
X: Ok thanks dear..
Awek X: Ok..I belanja..U jadik driver okeh.
............................................

Aku: Hi bro buat apa??
X:_________________(tak berbalas)

Selepas sejam..
X:_________________(tak balas gak)

Selepas 1 hari..
X:__________________(masih tak berbalas)

................................

Aku tak paham kenapa aku di double standard oleh member aku sendirik..Ko kann..Macam haram jek memasing..Aku rasa aku ni macam tak wujud lak kann..Hadoii..Susah tol lah member yang dah ada awek nih..Awek je pun..Belum bini okeh..Tapi aku tengok cara layan dah macam bini lak..Sadis tol..

Kepada yang mendouble standardkan aku itu, awas okeh. Anda akan dibalas..Siot lah kau..Aku macam terkilan habis kann..Perbuatan anda haruslah dibalas kan..Baru lah fair and square..Muahahaha..
..

Thursday, July 14, 2011

BAGI BETIS NAK ATAS PEHA

Oh yer.Nak dibuat cerita tadi aku gi sekolah.Eh?Umur dah 18 pun masih pergi sekolah?18 katanya kann..Its true people. Aku masih belajar kat sekolah.School of pharmacy yer..Bukan sekolah yang macam Sekolah Menengah tu..

Korang boleh gi sekolah posing camni depan cikgu??

Tadi aku ada dispensing practical. Practical 4 jam. Dari pukul 9 sampai pukul 1. Tapi tadi aku agak bengang okeh..Sebab dalam jadual ternyata habis pukul satu..Ujung-ujung dia suruh antar ubat yang kitorang kena buat pukul 12.45 tengah hari..Boleh lak camtu kann??Bila timing dah silap tu, haruslah report aku teruk gila..Aku tak siap report okeh..Di ulangi tak siap..Sedih kot..

Ahh..Bila aku lambat hantar ubat tu, haruslah aku kena warning dengan cikgu aku..Nasib baik masa tu ada 3 orang..Takde lah segan sangat..Wahai cikgu..Sepatutnya kelas habis pukul satu..Kenapa habis awal lak??Seyess tak paham okeh....Boleh tak cikgu terangkan kepada saya??Nak je aku cakap camtu tadi kann..Haihhh..

Walaupun kena marah, aku masih lagi mampu berposing camni..Boleh??

Ok lah..Lepas ni aku tanak noti-noti lagik..Kang kene marah lagi lakk..Malas lah aku haih..Bila cikgu marah kang ilmu tak berkat lak kann..Hmmmm..Maka haruslah aku taat kepada mereka..

Masa kena marah tadi, haruslah aku feeling jadik pengakap yang sedang buat ikrar bagai..Haih..-__-

p/s: Sorry sebab entry takde kaitan dengan tajuk..

Wednesday, July 13, 2011

SIAP SIAGA?

Macam pernah jumpe kan ayat tu??Pernah tak korang jumpe?Aku macam pernah jumpa.Tapi aku tak paham apa maksud dia. Mebi perkataan Indon kot. Thats why aku tak paham.Maklumlah, aku kan tak pernah cuba memahami bahasa Indon.

Rindu seyh nak kawat cenggini..Kalau boleh nak buat formasi yang macam kat dalam Step Up tu..Boleh??

Let me assume..Aku rasa perkataan tu maksudnya bersiap sedia lah kot..Siap sedia?Ada apa lak?Aku dapat PLKN ke??Ohh..Takde apa pun.Cuma nak bagi tau perasaan ini..Malam ni kan ada bola..Bila ada bola tu haruslah aku excited bebenor kann nak tengok..Mana boleh miss..Terutama team Malaysia kann..Tak sabar nak tgk S.Kunalan main..

Tapi aku tak tahu nak pilih team mana.Arsenal atau Malaysia??Bagi aku dua-dua sama hebat..Kalau Arsenal ada Sagna..Malaysia ada Aidil..Kalau Arsenal ada Van Persie..Malaysia ada Mat Yo..Mat Yo??Haha..Desa sesangat nama tu kann..Sapa mat Yo?Mat Yo tu Shahrul Idhan Talaha..Tak sabo nak tgk..Pasti game malam ni akan jadik best kann..I can feel it..Kemain kann..

Boss..nak letak nama Mat Yo kat belakang jersi boleh??Nampak cam osemm jekk..

Ko tebiat ekk??Dah dah..pi berlatih..

Erkk..Tapi aku takde jersi..Nak pakai baju apa ekk malam neh?Alahai..Gedik sesangat kann nak pakai jersi bagai..Tgk online je punn..Ngengada nak pakai jersi tu ape kes??Ok fine..Malam ni aku pakai baju NCG..Hambek kau..Dah tu je jersey yang aku adooo kann..Aku tak mampu nak beli jersi mahal-mahal..Tak mampu katanya..Walhal kat Padang Besar tu berlambak je jersi murah-murah kann..Opss..Pecah lobang lak kan..Sorry kepada insan-insan yang beli jersey kat sana..Aku tak bermaksud nak pecah rahsia..

Tgk baju aku..Chantek ke tidak??Kau ada??

Ok lah korang..Kepada peminat pasukan Malaysia..pastikan korang ada depan skrin pukul 8.30 waktu Malaysia..OK??Kepada peminat pasukan Arsenal..anda pun sama..Bye..Jumpa di sana..

Monday, July 11, 2011

EMO LAGI

Oh.Aku sangat bengang dengan isu Bersih ni kann..Kamonn ahh..Benda dah abiss..So bila benda dah berlaku ni banyak lah fakta dan auta yang keluar kan..Macam haram jek memasing..Pastu siap guna dalil-dalil semua nak sokong pendirian memasing..

Si A cakap A betul..Pastu B jugak cakap B betul..Abeh sapa yang salah???Ok fine..Kalau takde sapa yang nak mengaku salah elok aku jer lah mengaku kann..I really pissed off with this issue..Tomorrow whoever come up in the facebook with this issue again, seriously I will remove you guys..Kemain kann nak bergaduh bagai..Benci ahh semua benda nih..Seyes aku berfacebook sebab nak happy2..Pastu ko lak pepagi buta dah post benda yang provok aku macam-macam..Habiss mood aku sepanjang hari..Setann tol..

I dont care..Try me..post lah lagik eh benda-benda tah hapa-hapa tu..Serius cacat!!!!

Saturday, July 9, 2011

BETUL KE?

DI COPY PASTE DARI FB ISLAM ITU INDAH & LENGKAP SUBHANAALLAH...Aku tengok ramai kengkawan aku share benda nih..Maka aku pun share lah kann..This stuff is not essentially correct because it is just one's opinion.

Aku bukan Jin, Syaitan atau Malaikat..sedikit pengalaman & kajian  .(TAJUK CITER NEH)
Posted by Darul Manzil at 1:42 AM  

Dua minggu yang lalu, saya didatangi sepasang suami isteri dan seorang anak lelaki di RIDAM. Pesakitnya adalah anak lelaki mereka.  

Dari perbualan sebelum rawatan, si bapa menceritakan bahawa sudah banyak tempat sudah di kunjungi. Boleh dikatakan hampir setiap perawat yang muncul dalam Expose Mistik dan Rancangan Alam Ghaib sudah di bawa. Semuanya belum ditemui penawarnya.   Luahan tersebut membuatkan saya tersenyum. Lantas, saya katakan pada mereka sekeluarga bahawa mungkin 'masih belum ada rasi ubat' . Kalau dah jodoh ubat dengan penyakitnya, insyaallah, sembuh lah penyakitnya..   Simptom gangguan pada pesakit hanya berlaku pada malam hari iaitu ketika waktu bulan mengambang sahaja. Pada waktu tersebut, pesakit akan merenung bulan kemudian menangis. Begitulah yang berlaku setiap bulan..   

Maka, saya ambil pendekatan segera dengan 'teknik scan' dan hampa kerana tidak dapat mengesan sebarang jenis gangguan pada lelaki tersebut.. Aiii...hairan sungguh.. lelaki tu nampak normal jer..   Lama saya dok termenung ketika berdepan dengan situasi tersebut, saya teringat pada Allahyarham Tok Ngah ketika berhadapan dengan kes yang hampir sama. Kata beliau, mungkin 'badan' tengah kotor. Akibatnya, konsentrasi tiada.. Kan sunat kalau bersih. Apatah lagi kalau harum semerbak...  

 Lalu, saya minta izin pada pesakit untuk berehat sebentar. Sebenarnya, saya ingin mandi kerana baru teringat, saya baru saja selesai mengelap kipas syiling sebaik sahaja keluarga pesakit tiba di RIDAM. Selepas mandi, saya pakai wangian agar diri harum semerbak..   Setelah itu saya ke ruang rawatan untuk menyambung tugas rawatan.

 Ketika duduk berhadapan pesakit, tiba-tiba...   Pesakit: "Ermm..wanginya... lama dah tak bau macam ni.. Kamu pakai minyak wangi apa ni..?"   Kelihatan suara pesakit berlainan. Maka saya yakin, ketika itu, pesakit sedang kerasukan.   Saya: "Minyak atar 1001 Malam. Tak pernah bau ker?"   Pesakit: "Pernah.. Tapi dah lama tak bau macam ni.. Masa kat Andalusia pernah la.. Harum betul baunya. Boleh bagi aku sikit? "   Saya: "Boleh.. Tapi kena kerjasama la.. Setakat minyak wangi, apalah sangat.."   

Seraya itu dia tersenyum dengan kata-kata saya..   Pesakit: "Boleh..tapi aku tak suka orang belagak.. Kalau kamu boleh cakap dengan aku elok-elok, tanya lah apa kamu nak. Dengan nama Allah, aku tak akan tipu.".   Saya: "Ish...tak baik kamu main sumpah-sumpah macam tu.. Nanti makan sumpah baru tahu..Kamu ni Jin Islam ker?"   Pesakit: "Kenapa aku nak takut. Aku cakap jujur la ni.. Memang aku sembah Allah, tapi aku bukan Islam.."   Saya: "Hah...sembah Allah tapi bukan Islam..? Agama apa kamu ni?"   Pesakit: "Agama Monoteisme"   

Saya: "Agama apa tu..?"   Pesakit: "Agama yang satu la.. Tuhan hanya satu yakni Allah...Tak sekolah ker?"   *Terkena jugak RIDAM.. :(   Saya: "Kamu jangan main-main pasal agama ni...!..Kang...."   *Masa tu tangan kanan dah diangkat..rasa nak lempang jer...   Pesakit: "Aku tak tipu lah...Aku bukan Jin, Syaitan atau Malaikat..Aku Poppy..Nama aku Mizari"   *Tangan saya tak jadi di angkat. Terasa hendak tahu pula apa cerita berikutnya..   Saya: "Poppy..? Makhluk apa tu..?"   Pesakit: "Wahai hamba Allah...banyak lagi rahsia Allah yang kamu belum tahu.. Bukan semua rahsia boleh dicapai dengan akal manusia.."   Saya: "Ceritakan...aku nak tahu.."   Pesakit: "Aku wujud sebelum kaum jin diciptakan lagi... Sebelum banyak puak kami di binasakan Allah kerana kesalahan kami sendiri.."   

Kemudian dia menangis teresak-esak..   Pesakit: "Puak kami dah kurang dari 1000.. Mungkin kerana kesalahan yang kami lakukan, kami tidak diizinkan Allah untuk melahirkan zuriat kami.."..   Terduduk saya mendengar cerita si Mizari... Baru saya teringat akan sebuah buku yang dibaca karangan Isa Dawud.. Cerita yang diberitahu menepati penerangan yang diberitahu dalam buku tersebut..   

Saya: " Kalau begitu, betul kah nama golongan kamu ini adalah Al-Hin?"   Seraya itu dia mengangguk..   Pesakit: "Al-Hin adalah nama makhluk.. Kami hidup berpuak-puak.. Aku dari puak Poppy..Ada lagi musuh puak aku iaitu Neondertal. Nama puak lain banyak, tapi aku dah lupa...."   Saya: " Apa yang puak kamu buat sampai Allah murka?"   Dia terdiam sejenak..   Pesakit: "Apa yang kamu tengok kemaksiatan dan kerosakan manusia hari ini, itulah yang kami buat dulu.. Tapi hari ini aku tengok, kerosakan manusia lagi hebat dari apa yang kami lakukan dulu..."  

 Saya: "Wahai makhluk Allah, aku tiada kuasa untuk lakukan apa pun pada kamu kecuali dengan izin Allah.. Tapi boleh aku tanya, kenapa aku tak dapat 'scan' kau tadi? Mana kau menyorok?"   Pesakit: "Aku tak pergi mana-mana. Memang dari tadi aku dalam badan ni. Jangan kau kecil hati pulak.. Setakat ini, dengan izin Allah, puak aku belum dapat di scan mana-mana perawat pun ketika mereka berubat. Mungkin kerana ada sebab yang kau dan aku sendiri belum tahu kecuali Allah..."   Saya: "Dah tu, sekarang ni kamu boleh bercakap dengan aku..macam mana pulak tu?"   Pesakit: "Itu kerana aku sendiri yang nak bercakap dengan kamu.. Bukan semua tau aku suka manusia...

Aku nak duduk dengan kamu boleh? Kalau kamu izin kan la.."   Saya: "Tak payah la...aku selesa dengan sesama manusia.. kamu tak marah kan..?"   Pesakit: "Tak la..buat apa aku nak marah.. Kamu ada hak atas diri kamu.."   Saya: "Erm..boleh kamu bagi sebab..kenapa kamu duduk dengan budak ni?"   Pesakit: "Sebab dia kasi aku duduk dengan dia.."   Dari badan pesakit tersebut, Mizari menceritakan penemuannya dengan budak tersebut ketika dia berjumpa di sebuah pusat rekreasi di Selatan tanahair. Katanya lagi, budak tu tak takut dengan dia..   

Cerita tersebut disahkan bapanya. Memang anaknya ada mengikuti kursus kadet di tempat tersebut..   Saya: "Wahai makhluk Allah, aku bukanlah dikalangan orang alim untuk mendakwah kamu. Tapi sudi tak kalau kau masuk Islam?"   Pesakit: "Maaf ya..Aku masih yakin dengan agama ku. La ikra hafiddin kan...?"   Saya: "Memang lah..tapi agama akhir zaman kan Islam..Kalau kamu menyembah Allah, kenapa tidak kamu ikuti agama akhir zaman ni..?Agama yang disuruh dan dijamin Allah..." 

  Pesakit: "Aku tahu...tapi aku bukan dari Jin dan Manusia.. Tiada satu pun nama kaum aku dalam Al-Quran..."   Lalu di bacakan ayat surah Adz-Dzariyaat:56   Maksudnya: 'Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi kepada-Ku.'   Pesakit: "Jadi, aku yakin dengan pegangan aku sekarang.. Aku tidak pernah menduakan Allah.."   *Tidak ada apa yang mampu saya katakan padanya. Kelu saya bila mendengar hujahnya..   Saya: "Kalau begitulah kata kamu, tiada apa yang mampu aku katakan lagi.. Tapi, dengan nama Allah, boleh tak kamu keluar dari badan anak ini? Kesian aku tengok mak bapak budak ni.. Kamu tak rasa kesian ker..?"  

 Pesakit: "Kesian jugak.. Banyak jugak la duit diorang habis pergi berubat.. Demi Allah, aku memang nak keluar, tapi, belum masanya lagi..."   Saya: "Dah tu, bila agak-agak kamu masa tu sampai..?"   Pesakit: "Sekarang..tapi dengan syarat.."   Saya: "Apa syaratnya? Kalau boleh mensyirikkan, aku tak nak la.."   Pesakit: "Aku nak salam kedua mak bapak budak ni..Aku nak mintak maaf sebab susahkan diorang. Lepas tu, aku nak kau doakan agar Allah pendekkan nyawa aku...boleh?"   Saya: "Syarat yang pertama tu insyaallah, boleh (kedua ibu bapa pesakit mengangguk sama).. Tapi, pelik la dengan syarat kedua tu..Kenapa?"   Pesakit: "Ada tak bapak budak ni cerita perangai pelik anak nya ni masa sakit tadi?"   Saya: "Yang mana? Yang suka tengok bulan mengambang tu ker?"   Pesakit: "Yelah...kamu tak nak tahu kenapa aku suka tengok bulan?"   Saya: "A'ah...kenapa?"   Pesakit: "Aku tengah kira umur aku la tu...

Kiraan masa aku sama macam kalendar Islam.. Puak kami mana pakai Kalendar masihi..."   Saya: "Oooo..tapi kau tak jawab lagi soalan kedua tu.."   Pesakit: "Sabar lah..maksud aku, aku kira umur untuk tahu hayat aku.. Dah lama sangat aku hidup.. Sunyi betul hidup aku...Aku nak kamu doakan agar Allah pendekkan hidup aku sebab aku dah hidup lama sangat..."   Saya: "Ooo...macam tu..Berapa dah umur kamu?"   Pesakit: "Sikit jer...baru 4 juta 130 ribu tahun.."   Saya: "Mak aiiii...lama nya kau hidup.."   Pesakit: "Betul..sebab tu aku nak kau doakan aku.."   Saya: "Insyaallah, kalau itu yang kau nak...Tapi, aku nak tanya soalan terakhir ni..Boleh?"   Pesakit: "Tadi kata suruh aku keluar...? Ni makin banyak tanya pulak ni..Hah..apa dia?"  

 Saya: "Boleh tak aku tengok kamu...Rasa nak tengok jer diri kamu tu..."   Pesakit: "Boleh dengan izin Allah...kau baca Surah Al-Kautsar 1000 kali sebelum tidur...Mintak pada Allah nak tengok aku.. Bukan aku yang izin..Allah yang izin.. Sekarang, boleh aku keluar..?"   Saya: "Dipersilakan wahai hamba Allah..Moga kamu tergolong dalam orang-orang yang beriman.."   Sebelum dia keluar, dia mencium tangan kedua ibu bapa pesakit dan meminta maaf pada mereka.. 

Sekitar 5 minit selepas itu, pesakit tersedar.. Kelihatan penat dan lelah yang dialami akibat tenaga tubuh yang diguna oleh makhkluk lain..   Hanya sebagai syarat asas rawatan, saya bekalkan air dan limau rukyah untuk dibuat mandi dan minuman di rumah.. Pesakit pulang selepas itu..   ---------   3 hari kemudian, bapa pesakit menelefon saya dan mengatakan anaknya sihat sepenuhnya.. Dia mengajak saya ke jamuan doa selamat di rumahnya sebagai tanda kesyukuran dan nazar yang diniatkan..   ----------   Saya juga telah mengamalkan apa yang dikatakan oleh Mizari.. 

Alhamdulillah, saya dapat melihat parasnya..   Badannya berbulu putih, berwajah manusia yang tampan dan bersayap... Wallahu'alam.. Mungkin itu mainan mimpi....   Sekian..   -----------   '...Fakul innamal ghaibulillah.'. Sesungguhnya yang Ghaib itu kepunyaan Allah (petikan sebahagian ayat dalam surah Yunus:20)   ----------------  

 Saya ada membuat sedikit kajian selepas peristiwa ini dan menjumpai ayat ini dalam Al-Quran:   1)Al Ankabuut - Ayat 19 'Dan apakah mereka tidak memperhatikan bagaimana Allah menciptakan (manusia) dari permulaannya , kemudian mengulanginya (kembali) . Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah.'   2)Al An'am - Ayat 6 'Apakah mereka tidak memperhatikan berapa banyak generasi yang telah Kami binasakan sebelum mereka, padahal (generasi itu) telah Kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi, yaitu keteguhan yang belum pernah Kami berikan kepadamu , dan Kami curahkan hujan yang lebat atas mereka dan Kami jadikan sungai-sungai mengalir di bawah mereka , kemudian . Kami binasakan mereka karena dosa mereka sendiri, dan Kami ciptakan sesudah mereka generasi yang lain.'   3)Kisah bumi tak bagi malaikat ambil tanah untuk dijadikan manusia.  

 Pada suatu ketika, Allah SWT menitahkan kepada malaikat Jibril supaya turun ke bumi untuk mengambil sebahagian tanahnya untuk mencipta Adam, manusia pertama. Akan tetapi apabila Jibril sampai ke bumi, bumi enggan membenarkan tanahnya diambil untuk dijadikan Adam, kerana bumi khuatir Adam jadi maksiat kepada Allah. Lalu Jibril kembali ke hadrat Tuhan, kerana ia tidak dapat berbuat apa-apa, setelah mendengar sumpah bumi. Seterusnya, Allah memerintah malaikat Mikail, jawapan bumi masih sama dan selepas itu Allah memerintahkan malaikat Israfil, tetapi malangnya jawapan bumi masih tidak berganjak, dan masing-masing kembali dengan tangan kosong. 

  Lalu yang terakhir, Allah menyuruh malaikat Izrail turun ke bumi. Firman Allah, Hai Izrail, engkaulah kini yang aku tugaskan mengambil tanah. Meskipun bumi bersumpah-sumpah dengan ucapan, bagaimanapun jangan engkau mundur. Katakan bahawa kerjakan atas perintah dan atas namaKu. Apabila Izrail turun ke bumi dan menyampaikan perintah Allah kepada bumi, maka akhirnya barulah bumi mengizinkan akan tanahnya itu diambil. 

  Setelah Izrail mengambil beberapa jenis tanah, kembalilah dia ke hadrat Allah.Lalu Allah berfirman; Ya Izrail, pertama engkau yang Ku-tugaskan mengambil tanah, dan kemudian di belakang hari kelak akan kutugaskan engkau mencabut roh manusia. Maka Izrail khuatir kerana bimbang dibenci oleh umat manusia kelak. Lalu Allah berfirman lagi; Tidak, mereka tidak akan memusuhi kamu, Aku yang mengaturnya, dan Aku jadikan kematian mereka itu bersebab, terbunuh, terbakar, sakit dan sebagainya.  

 *Berikut merupakan riwayat yang menceritakan tentang proses awal penciptaan Adam; pengambilan tanah daripada bumi. Persoalan utama daripada riwayat ini adalah keenganan bumi untuk diambil tanahnya. Kebimbangan bumi bukanlah kerana takut tanahnya kurang, atau takut rupanya berlubang-lubang, tetapi bumi khuatir seandainya Adam itu menjadi maksiat kepada Allah. Tidakkah itu bermakna bumi telah menyaksikan kerosakan yang dilakukan oleh manusia terdahulu di muka bumi ini? 

Mengapa tiada riwayat yang menceritakan akan keengganan bumi apabila Allah S.W.T hendak menciptakan kambing, ikan atau lembu?    -----------------   1)Pembaca sekalian..saya hanya menceritakan pengalaman yang belum pernah saya alami sepanjang pengalaman saya dalam perubatan alternatif ini..   2)Saya juga bukan lah pakar mentafsir Al-Quran dan tidak pandai berbahasa Arab. Ayat Al-Quran yang saya pamerkan ini hanyalah pada pemahaman sendiri.

 Jika salah pemahaman saya dari sudut kaedah undang-undang tafsir, maka saya memohon jutaan maaf dan ampun di atas pemikiran saya tersebut.   3)Pendapat saya, anggaplah pengalaman ini sebagai PERINGATAN kepada manusia. Kita sudah mungkin menghampiri 'akhirnya'. Maka, seharusnya kita bermunasabah dan tidak leka mengingati Allah..   Sekian.  - Amira Zulaikha Zakaria -

..................................................................................

KOMEN AKU:

Aku pun tak tahu nak cakap camne kann..Pelik lah jugak aku baca kisah ni..Korang nilai sendiri okeh. Aku tak cakap benda ni betul dan tak cakap benda ni salah gak.Up to u guys..Tapi ada beberapa part yang aku macam pening sikit..Makhluk tu cakap dia agama monoteisme..Erkk??Menyembah Allah tetapi bukan Islam??*Tetttt di situ kann..Apakah??Setahu aku semua makhluk dia dunia ni semua Islam.kucing..batu..gunung..ayam..Semuanya Islam.Tu apa yang ustazah aku cakap lah..Takde lak ustazah aku cakap pasal agama monoteisme neh..Its kinda weird..yeahh

BANGANG PUNYA ORANG..

Sorry lah ekk..Tajuk itu agak kejam sikit. Tapi kepada orang yang buat demo itu, korang memang BANGANG..Sumpah korang bangang..Ko takde tempat lain ke nak berdemo?Ko nak buat kat tetengah bandar KL tu buat apa bodoh?Buatlah kat tengah-tengah hutan tu ha..At least takde orang..

Ko tahu apsal aku marah sangat dengan orang-orang yang demo tu?First, tengok apa yang berlaku hari ni.Banyak kot jalan kena tutup.Hello badut-badut sekalian..Orang duduk KL tu nak keje kot.Korang ni vongoks ke hape?Kalau jalan tutup, camne nak keje. Aduhh..Aku pun terasa gak ahh kesannya sebab bapak aku keje kat area KL tu haa..Habis tu kalau jalan kena tutup camne lah bapak aku nak keje..Vongoksss..

Apa yang korang nak lagik sebenarnya haa??Aku sangatlah tak pahamm okehh..Aku benci korang..Seriusss aku benci korang..Tak kisah arr korang tu sape kann..Kawan aku ker..Apa ke..Sorry..aku malas nak kawan lagik orang yang demo-demo bagai nehh..Bukan double standard ke hape.Cuma aku tak suka ok..Menyusahkan orang saje kejenya...Kecik-kecik tanak mati..Dah besar menyusahkan orang..

AKU SANGAT TAK FAHAM OKEH..BACK OFF..

Thursday, July 7, 2011

REASONS WHY I HATE TRAVELING

Hmm..Malam ni aku nak luahkan perasaan aku selepas pergi melawat Victoria..And i wish i will never ever travel to Victoria again..Hell no..Tak nak gi sana katanya kann..Walhal kalau nak balik ke Malaysia kena transit ke sana juga..Oh tidak..

Sebelum aku mengkritik tempat tu, aku nak mengucapkan penghargaan yang tidak terhingga kepada Aiman Black sebab ajak tidur rumah dia malam tu. Best kot tilam yang dia sediakan untuk aku. Lagi ok dari tilam yang aku tidur dekat backpackers tu.Seyess..Thanks Aiman..Kalau ko takde, tak tau aku tido mana malam tu..Rumah ustad lah kott kann..Tak pun aku tersadai kat backpackers lagik..Like a loser..

Hmmm..Ok lahh..Lets kritik lak kann..Hahaha..Yang pertama, aku travel kat tempat tu sorang-sorang..Berani mati kann..Mane kengkawan aku??Ohh..Aku sebenarnya tanaklah menyusahkan orang..kann...So aku pun travel lah sorang-sorang di sana..Bila dah jalan sorang-sorang tu, haruslah kau jalan dengan berhati-hati kann..Nanti sesat lak..Dengan orang yang ramai giler kat situ..Sumpah aku rimass..Bila jalan sensorang tu haruslah aku kelihatan seperti rusa masuk kampung..

Dan benda yang paling tak best, aku tersadai kat Southern Cross Station sorang-sorang selama dua jam..I just sit there waiting for my friend to pick me up..Aku tunggu dari kul 4 sampai lah kul 6..Duduk-duduk..Tengok orang..Main fb jap..Sumpah aku sedih gila masa tu..I whispered to myself. Where the hell my friend is?Do I even exist?Entahlah..

Ujung-ujung Omar jugak yang sampai..Housemate aku kat Tassy tu haa..Gigih lah dia gi jemput aku kat Southern Cross Station tu kann..Tuan rumah mane??Nan adoo lah kann..Jumpa je Omar aku rasa sangat bersyukur.At least I have someone to talk to..

Tapi malam tu aku diuji lagik.Train kitorang terlajak..Arghh..Haruslah aku geram sebentar.Kann..Sebab masa tu aku dah penat giler..Sebab pagi tu aku ada basketball match..Dan malam semalam aku hanya tidur selama sejam sebab tilam backpackers itu sangat tidak selesa..Haihh..Ohh noo..Bila train dah terlajak tu Omar pun ajak aku gi tidur rumah Aiman sajer..Sampai je rumah Aiman, aku terus pengsann..Seyesss..Sebab aku dah tak larat nak buat apa-apa dahh..

Disebabkan event yang agak malang itu, aku membuat kesimpulan bahawa Melbourne is out of my traveling list.Not because the place is not awesome. Its a PERSONAL ISSUE..Sorry peeps..I HOLD GRUDGE..You know me..Everyone know that I am heartless..

p/s: Its difficult to get accommodation there. Walaupun ada ramai kawan kat sana. I wonder why..

MYSTERY GUY

Aku nak share pasal seorang lelaki yang sangat baik hati yang telah aku jumpa semalam. Nak dibuat cerita, semalam aku balik dari Melbourne sorang-sorang..Sumpah rasa macam loser gila kot..Ahh lantak ahh..Benda dah berlaku..Masa dalam flight ni, aku duduk seblah orang putih..Maaf.Aku ni agak anti orang putih.Perkauman katanya..

Sepanjang perjalanan tu kann, aku lebih rela berdiam diri dari berborak dengan mamat tu.Tetiba masa dah mendarat kat Tassy, lelaki itu berkata..

"Hey mate..Enjoy your sleep?"

"Yeah..Sort of.."

"Are you from Indonesia?"

Erkk..muka aku ni ada macam mamat endon ke??Oh silap soalan di situ..Takpe2..Tak perlu nak emo kan..

"Nope.I am from Malaysia.." aku menjawab..

"I have been there."

"Nice"

"I have truffle inside my bag. Do u know what it is?"

"Is it a cake or something???" aku menjawab.Dalam kepala aku ni pikir pasal makanan saje kann..Agak keji disitu..

"Nope..Its a fungus.I bought it from China.."jawab laki tu..Pastu dia pun tunjuk truffle tuh..

"Whoa..Cool.."

blablabla...Banyak gak arr kitorang borak..Pastu sampai satu part tetiba dia tanya..

"U need a ride or something?"

"No I guess..Cuz i olredi call my friend to pick me up.."

"Ohh..ok.."

..........................

OK..Aku macam agak heran lah di situ yer..Teeettt..Kann..Aku baru jumpa dia..Pastu tetiba dia nak offer hantar aku sampai rumah..Seyes aku tak penah jumpa laki camnih..Agak aneh..Tetapi sangat baik kott..Arghhh..Aku macam terkejut kot dia nak hantar kan aku sampai rumah..Ada hidden agenda ke?Entah lah..

Apa-apa pun..Aku tak balik dengan dia.Sebab member aku jemput aku dari airport..Kann...Whos that guy??Well, I called him mystery guy..Apa yang aku tahu..nama dia Edward..Umur dalam 50 camtu..Ada 2 rumah..Satu kat Melben satu kat Tassy..Keje kat Factory..Tu jer..Yang lain..Aku pun tak tahu..Kepada insan itu, terima kasih kerana anda sangat baik hati...

p/s: Sangat terkejut dengan insiden itu.Maka haruslah aku menulisnya di dalam post kali ini. Sebab ianya sangat aneh, pelik, janggal dan ajaib..

Wednesday, July 6, 2011

UPDATE

Huh.Aku baru je balik dari tempat aku bertanding tu.Dan cuba teka aku menang ke kalah??Heheh..Konpem-konpem lah kalah kann..Sebab kitorang tak training dengan bagus..Hahaha..Kalah dapat..bibir kena siku pun dapat..Sampai pecah lah tu bibir aku nih..Tapi.Overall..aku rasa sangat puas..Sebab ini adalah kali pertama aku bertanding kat competition yang besar camtu..Hahaha..Walaupun kalah..aku tetap rasa puas..Sebab aku dapat pengalaman kann..Merasa lah jugak kan main dengan budak2 yang terer gila vavii...

PUAS GILA..hahaha..

Ok lah korang..Nak pengsan jap..Sebab terlampau penat..Jumpa lagik

Monday, July 4, 2011

PERKONGSIAN

Hmm..Aku tak tau lah berapa lama aku post ni mampu bertahan.Sebab aku rasa berkemungkinan besar post ni akan didelete oleh aku dan video ni akan di delete oleh youtube.Tapi aku hanya nak kongsi sahaja. Part yang last tu agak ekstrem. Kepada sesiapa yang tak sanggup tengok jangan tekan play.Aku hanya berkongsi.Anda sila lah nilai sendiri.




Kalau ada sesiapa yang kurang bersetuju,sila nyatakan hujah anda.Komen anda amat dialu-alukan..Hahaha..

p/s: Opssss..takleh komen ke??sorry..

National Conference Game

Hello korang. Pekaba?Sihat?Mudah-mudahan sihat hendaknya.Malam ni aku akan berangkat ke Merlimau. Sebab aku ada pertandingan bola keranjang?Ehh??Hari tu cakap flight tak jadik? Ohh..Aku pun sebenarnya tak sangka dapat pergi sana..Jodoh kuat kott..Aku takdelah exited mana..Tapi aku biasa-biasa jer.Tak adalah teruja sangat nak main ke apa kann..Tak tahu lah kenapa

OK lah..Saya memerlukan sokongan dari anda semua yer. Diharapkan pasukan saya dapat menang pertandingan itu..

p/s: Betis saya tercedera.Oh tidak..Macam mana lah nak main ni..

p/s: Harap-harap dapat jumpa kengkawan lama mahu pun kengkawan baru esok..Hooyeahhh..

Saturday, July 2, 2011

PETANDA

Pagi tadi aku bangun agak lewat.Macam biasa lah kann..Celik je mata aku sudah dapat berita yang kurang enak didengar.Oh.Apakah?

Flight aku ke Melbourne telah dibatalkan.Sedihnya..Lepas tu nak beli tiket baru pulak mahal..Oh..Selamat tinggal National Conference Game..Selamat tinggal basketball..Selamat tinggal futsal..Selamat tinggal Melbourne..

Aku pasrah mendengarnya..I have prepared for NCG for about 3 month u know..Oh tidak..Tapi tak mengapa..Mungkin ada hikmah disetiap perkara yang berlaku.Aku redha.Kerana aku tidak tahu apa yang akan berlaku pada masa hadapan.Dan aku rasa aku tak layak untuk merungut..Tidak layak sama sekali..

OK lah korang..Aku nak carik ketenangan kejap..Sedihnyer..Perasaan ini tidak dapat digambarkan..Perasaan ini tidak dapat dipotretkan..Hanyalah dapat difahami oleh seorang aku..

p/s: I really wanna play for my team..Apakan daya..

Friday, July 1, 2011

JODOH

Malam ni aku agak penat..Kerana aku terpaksa menyiapkan 2000 words essay..Essay??Aku sangat tidak suka perkataan itu okeh..Walau macam mana pun..akhirnya aku berjaya jugak menyiapkan perenggan isi yang terakhir..Esok boleh buat perenggan kesimpulan sahaja..Hoorayyy..

Hadoii aii..Panjang lah pulak esei ni haa..Pening kepala haku..

Bila otak dah penat tu kann..Haruslah aku stalk fesbuk kengkawan aku..Tema stalk malam ni adalah siasat siapa pasangan kawan aku..Kann..Best giler kot stalk budak..nak dibuat citer..aku ada dua berita untuk disampaikan..Satu berita baik dan satu berita buruk..

OK lah..Aku cerita pasal berita buruk dulu ehh..Aku sangat sedih tau tengok kawan aku sorang nih..Dulu kat sekolah bukan calang-calang orangnya..Dia tu salah seorang ahli jawatankuasa yang bertanggungjawab dan menjadi kepercayaan dalam hal ehwal agama....Ko jangan memainn..Tapi bila aku stalk dia tadi.hambek ko..Gambar kemain lagik dengan awek dia..Yang paling best..awek dia freehair okeh..Camne aku tahu itu awek dia??Sebab kat gambar tu awek dia ada tulis "my future hasben".Sungguh tak sangka dia telah terpikat dengan wanita sebegitu..Di manakah kawanku di sekolah dahulu??Adakah perjuangannya hanya di sekolah sahaja??

Bukan gambar sebenar..Tapi posing lebih kurang jer..

Ok..Kita cerita pasal berita gembira pulak ye..Ada lah seorang kawan sekolah rendah aku ni..Tadi baru aku dapat tahu bahawa dia akan melangsungkan perkahwinan akhir tahun ni..Nak tahu dengan siapa??Dengan juara imam muda (IM) musim ke 2..Iaitu IM Hassan..Aku sangat terkejut tahu..Dan rasa sangat bersyukur..Dalam ramai-ramai kawan aku ada jugak yang menjadi manusia..Tahniah kawan..Semoga hubungan korang berkekalan..Itu apa yang dia cakap kat aku lah kann..Kalau dia tipu aku maknanya aku tipu korang lah yer..

By the way, it is not the issue..The issue is some people are not showing their true colour in school..It can only be seen once u graduate from school..Graduate katanya..Walhal SPM je pun kann..Graduate mende..Ah tak kisahlah haihh..Asalkan pokok pangkalnya adalah pasal "warna sebenar"..Sorry direct translation..Haihh..Pening tol aku..

Jom mewarna nak??

Kita boleh tengok dalam kes pertama di mana kawan aku itu berubah 180 darjah dari diri dia yang dulu..The main point is..do not judge people based on kat mana diorang belajar kan..Sekolah juvana ke..Sekolah harapan ke..Sekolah harian ke...Sebab itu tak penting tau..Tak semestinya budak sekolah juvana macam aku ni baik kann??Dan tak semestinya budak yang skolah harian biasa itu tidak baik..Itu semua adalah bullshit semata-mata..

.....................

.....................

.....................

Jam di komputer riba telah menunjukkan pukul 1.44 pagi..
Otak aku telah penat..
Dan aku telah kekeringan idea..
Katil sudah memanggil..
Selamat malam semua..

p/s: Kisah kawan sekolah rendah aku itu agak romentik..Mereka hanya jadi berkahwin kalau IM Hassan menang pertandingan itu..Huyooo..Speechless aku..Sebab aku tak penah dengar pasal love story macam ni..

NB: Aku mendoakan kawan sekolah menengah aku itu supaya sedar..Kerana aku tidak sanggup melihat dia sebegitu..